Helo, just now gilaweb baru tengok rancangan 360 di tv3 yang sangat menarik tajuknya untuk dikongsi. Topik malam nih adalah sesuatu yang dah terbiasa bagi kita di zaman serba moden nih iaitu penggunaan teknologi yang tanpa batasan...Islam amat menganjurkan umatnya agar menjadi insan bertakwa dan mengambil teknologi sebagai bidang yang memberi manfaat pada umat sejagat.
Sayang sekali bagi insan seperti Steve Jobs (1955-2011) yang merupakan seorang genius komputer melalui Apple yang diusahakannya sejak berdekad adalah seorang yang tidak beriman pada Allah. Steve berjaya mengubah senario pc dunia kepada sesuatu yang lebih kreatif dan ber'nyawa'..Teknologi yang beliau bawa akan terus digunapakai sebaris dengan Microsoft inc.
Rancangan 360 telah mengetengahkan isu salah guna handphone seperti yang cuba disampaikan dalam filem terbaru Klip 3gp. Bila sesuatu yang dirakamkan di handphone bakal mengundang malu dan rasa bersalah, barulah si mangsa merasa dirinya dianiaya..mesej yang disampaikan begitu jelas pada kita iaitu teknologi ada risikonya jika tidak disandarkan pada agama..seharusnya begitu. bila sebaliknya terjadi, maka hasilnya membinasakan.
Yang membuatkan gilaweb terkilan bila filem nih menayangkan banyak aksi-aksi yang mengghairahkan yang pastinya mengundang pelbagai tohmahan awam dan caci maki liar. Bila difikirkan balik, benarlah kata-kata baginda nabi Muhammad S.A.W mengenai tanda-tanda akhir zaman...
Akhir sekali, beware of this tech threats. Perhatikan dan periksa hp, pc, tab anak-anak kita agar mereka tahu etika dunia maya. Salam.
Wednesday, October 12, 2011
rancangan 360 di tv3 (12.10.2011) : Klip 3gp
11:02 PM
gilaweb
9 comments:
xpatut ditayangkan
atas nama nk bg pengajaran..tapi akhirnya lebih kpd jd ikutan. yg sbnrnya ni cara mudah kaut untung.
setuju ngan kamu brdua..alahai Melayu
tapi itulah yang berlaku sekarang.dulu masa filem2 masih banyak yg stereotype,kita banyak komplen.sekarang bila dah lebih realiti,kita komplen juga.so,kita kena terima pandangan dari kedua sisi.ia dihasilkan tetap ada motif dan pengajaran.sapa yang tak nampak pengajaran di situ,ia lebih teruk dari itu.
ramai founder2 teknologi yg tak beriman tapi kita tetap sukakannya.
lebih realiti xbermaksud kita bleh bt filem sesuka ati...ada agama sbagai pedoman...xgitu bro...
apalah sangat soal agama,kalau kita sendiri perkotak-katikkan di luar sedar kita.jelas,dalam realiti pun kita dah kaburkannya.
adoi...dunia2
emmmm...nak sampaikan msg yg suci lagi murni, tapi dgn cara yg tak berape nak murni...alasan: seni, publisiti, keuntungan dll...sape plak yg luluskan benda2 mcm ni masuk wayang???
hilang nilai timur, hilang nilai agama laa generasi akan dtg...(skang pun dah nampak)
to my blog - Acapsuur (>,<)
ramai yang boikot citer ni... tgk trailer pun alehaaiii.. tak de cara lain ke nak tarik pengunjung? huhu
Post a Comment